Sports
Printable Version
E-mail to a Friend
APA | MLA
Author: Anonymous
Submitted: 07.10.09
Word Count: 384
“”

     Teladan 37 – Peristiwa turunnya wahyu pertama Nabi Muhammad saw mengorbankan sebagian besar waktunya dengan bermeditasi di dalam kesunyian Gua Hira. Pada suatu hari, ketika beliau sedang tekun bermeditasi, beliau menerima wahyu yang pertama. Malaikat Jibril mewahyukan kepadanya firman Tuhan yang pertama, yang termaktub dalam Qur’an melalui surah Iqra’. Nabi Muhammad menjadi sangat gelisah mendapatkan pengalaman baru itu, dan sampai di rumah beliau menggigil ketakutan, lalu berbaring di tempat tidur dengan suhu badannya sangat tinggi. Isterinya, Khadijah, menjadi sangat khuatir dengan keadaan yang luar biasa itu. Kemudian, Nabi dirawat dan ditanya sebab kegelisahan itu. Nabi Muhammad saw menceritakan seluruh kejadian tentang pengalamannya dengan wahyu pertama yang aneh itu. Dengan sangat gembira Khadijah memberikan ucapan selamat kerana suaminya telah diangkat ke tingkat yang tertinggi, menjadi utusan Tuhan. Dia berkata, “Bergembiralah, kerana Tuhan tidak akan meninggalkanmu.” Khadijah kemudian menjadi orang yang pertama memeluk Islam. Teladan 36 – Perkahwinan Muhammad-Khadijah Khadijah cukup tertarik dengan sifat yang ada pada Muhammad dan menerimanya bekerja. Muhammad dihantar ke Basrah membawa barang dagangan Khadijah. Setelah tiga bulan sekembalinya dari Basrah – Khadijah mengajukan lamaran untuk menikahinya. Waktu itu Muhammad berusia 25 tahun, dan Khadijah 40 tahun. Pada zaman itu wanita Arab bebas menentukan kehendaknya sendiri dalam hal pernikahan, oleh karena itu Khadijah terus membicarakan lamarannya dengan Muhammad. Pada hari yang telah ditentukan, sanak keluarga Muhammad, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib dan Hamzah, berkumpul di rumah Khadijah. Abu Taliblah yang memberikan kata sambutan dalam upacara pernikahan mereka. Nabi Muhammad tidak menikah dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup.Usia perkahwiana mereka 25 tahun lamanya dan Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah. Khadijah melahirkan enam orang anak anak, dua lelaki dan empat perempuan. Anak lelakinya ialah Qasim dan Abdullah, kedua-duanya meninggal sewaktu masih bayi manakala empat orang anak perempuannya bernama, Fatima az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Oleh kerana anaknya bernama Qasim, kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim (ayah Qasim). Zainab dikahwinkan dengan sepupunya. Kedua anak perempuan lainnya, Ruqaya dikahwinkan dengan Uthman yang kemudian menjadi khalifah ketiga. Ummi Kalsum juga dikahwinkan dengan Uthman setelah Ruqaya meninggal dunia. Fatima az-Zahra, anak yang paling disayangi oleh Rasulullah berkahwin dengan Ali Abi Talib. Keturunan penerus Nabi ialah melalui anak lelaki Fatima Zahra, iaitu Hasan dan Husain. Kecuali Ibrahim yang juga meninggal dunia dalam usia muda, semua anak Nabi diperoleh dari perkawinan beliau dengan Khadijah.

Saved Papers

Save papers so you can find them more easily!

Join Now

Get instant access to over 3,500 papers.

Join Now